Dari Abu Hurairah r.a berkata :
Rasulullah s.a.w didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum ARAK, kemudian baginda bersabda : "Pukullah dia, sebagai hadnya."
Diantara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukul dengan terumpahnya, bahkan ada yang memukul dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebagian orang banyak itu ada yang berkata, "Semoga engkau dihinakan oleh Allah!"
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Jangan berkata demikian, janganlah engkau semua memberi pertolongan kepada syaitan untuk menggodanya lagi."
~ Hadith Riwayat Bukhari
- Dari hadith ini, Rasulullah s.a.w mengajar kita, apabila seseorang yang bersalah telah dihukum, janganlah dia dihina atau diolok-olokkan. Cukuplah dia dengan hukumannya. Ditakutkan dia akan kembali ke maksiat lamanya jika dia terus dihina.
- Janganlah disebarkan keburukan dan keaiban orang lain.
- Rasulullah s.a.w melarang pukul di muka, kerana ia akan meninggalkan bekas yang boleh dilihat. Pukullah di tangan, badan atau punggung. Tidak ada hukuman di dalam Islam untuk pukul di muka, kecuali pada orang yang sudah bernikah tetapi melakukan zina, maka mukanya boleh direjam dengan batu.
- Meminum arak adalah kesalahan yang nampak kecil, tapi besar padah dan dosanya. Arak adalah punca segala maksiat dan membawa kepada melakukan dosa-dosa yang besar. Apabila mabuk, orang itu tidak sedar dia melakukan maksiat seperti berzina, membunuh, memukul dan ada yang menceraikan isteri. Cerai itu dianggap sah oleh para ‘ulama, kerana orang itu meminum arak dengan sengaja, walaupun dia tidak sedar akan perbuatannya ketika mabuk. Sebab itulah Allah melarang hambanya meminum arak.
- Orang yang ketagihan arak hingga akhir hayatnya, tidak ada harapan untuk masuk syurga. Arak perlukan 40 hari untuk bersih dari tubuh badan. Bagaimana Allah hendak menerima ibadah orang yang minum arak, jika darahnya mengalir arak yang haram?
- Ustaz Mamfizam Bakaram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"Arak perlukan 40 hari untuk bersih dari tubuh badan."
warr lama eh?!
moga dijauhkanlah diri kita dari perkara2 yang tidak diredhaiNya, insyaAllah..
kk
thanks for sharing sis =)
Post a Comment