Semalam aku hantar Afiqah berjumpa doktor kerana dia demam. Oleh kerana dia tak ke sekolah, aku mintak doktor tu MC. Hari ini dia agak sihat, cuma tinggal batuk aje. Dia ni macam aku, nak makan ubat yang sedap aje. Ubat batuk ni ada sikit pahit, jadi dia tak nak makan. Terpaksalah campurkan dengan susu, baru dia minum. Walaupun dia sakit, mulut dia tak sakit. Asyik pet pot pet pot aje. Ada aje yang dia nak cakap. Yang part ni aku tak tau dia ikut siapa, sebab aku tak macam gitu. Aku pet pot pet pot ikut mood. Nak kira kan aku ni pendiam jugaklah. Betullllll...
Masa Hari Raya Haji kemarin, aku ke rumah emak. Masa tu aku masih sakit, jadi aku rilek aje kat sana. Rumah emak pulak ramai orang datang, jadi ramai yang tolong jagakan anak-anak aku. Dapat jugak aku rest. Emak aku suka masak-masak. Sampai pakcik aku cakap, dia masak untuk 200 orang punya makan. Dia pun suka kasi adik beradik dan anak sedara dia tapau lauk-pauk tu. Sesiapa yang datang rumah emak, pasti balik dengan plastic bag. Orang semua favourite lauk sambal goreng dan ayam masak merah dia. Bila agaknya aku boleh terror masak macam emak?
Lepas Maghrib, Hubby ajak pergi shopping kat Toa Payoh Central. Apalagi...dapatlah aku beli barang-barang yang aku idam-idamkan. Nak tau apa? Tak boleh cakap sekarang. Nanti bila aku free, aku publish gambar barang-barang tu. Part tu korang nak komen, silakan......
Hari Sabtu, aku bawak anak-anak pergi rumah kawan aku. Hubby kena kerja satu hari, tapi kawan aku lagi satu pelawa aku tumpang kereta dia. Sebenarnya aku segan, tapi dia nak jugak suruh aku tumpang, boleh jugak aku jimat duit teksi.
Sampai aje rumah kawan aku tu, anak-anak aku terus masuk bilik anak dia. Aku panggil suruh makan pun dorang tak layan. Mana tak, bilik budak tu macam kedai mainan. Semua mainan ada. Bila part kemas, aku kena salute dengan kawan aku. Sebab kalau suruh aku kemas bilik mainan tu, aku TAK SANGGUP!!!
Walaupun Hubby tak de, aku dah biasa dengan tetamu-tetamu yang hadir. Ada ke patut dorang cakap aku ibu tunggal!!! Ada pulak yang menghasut bahawa Hubby sebenarnya tak kerja. Aku dah biasa dengan kerenah bapak-bapak ni semua. Perangai gila-gila dorang tak hilang dari muda. Bila dah jumpa, pasti gamat!!
Hubby sampai rumah kawan aku dalam pukul 9 malam. Ramai tetamu yang dah pulang. Aku tetamu terakhir yang balik. Yang bestnye, banyak makanan aku dapat tapau balik. Mana yang aku favourite, aku ambil lebih-lebih. Dengan kawan aku ni, aku tak nak segan-segan, buang karen aje.
Hari Ahad, aku pergi rumah emak lagi. Dah menjadi kebiasaan, pada Hari Raya Haji, aku dan Hubby jadi sukarelawan kat Masjid Muhajirin. Aku tinggalkan anak-anak kat rumah emak, aku pergi berdua dengan Hubby. Tak dapat bayangkan betapa seronoknya dapat keluar berdua tanpa anak-anak, walaupun untuk seketika.
Di masjid, kambing tak kunjung tiba. Dari sebelum Asar sampai lepas Isyak, masih tak nampak bayang kambing. Oleh kerana hari dah malam dan besok budak-budak nak sekolah, Hubby ajak balik. Emak cakap anak-anak aku tak nangis pun. Tapi yang bestnye kan, emak cakap sekali-sekali tinggalkan anak-anak aku kat rumah dia, biar dia jagakan. Yahoo!!! Ada chance lah aku dating berdua dengan Hubby. Dalam kepala otak ni dah plan macam-macam...nak tengok wayang, nak shopping, nak makan kat high-class restaurant, nak pergi laut, nak pergi hotel....wow! Aku rindu dengan alam romantika yang pernah aku nikmati dulu. Sekarang pun masih romantik jugak, tapi sekejap aje. Time limited!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment