Sunday, January 02, 2005

Hari ini aku nak bercerita dalam bahasa ibunda pulak.

Semalam pagi selepas sholat subuh, suami aku tak tidur balik. Jarang dia buat macam gini. Dia menonton DVD, lepas itu dia mandi dan turun Vista Point belikan kami sarapan. Lepas itu, dia tolong aku vacuum satu rumah pulak tu! Seronokkan? Kalau tiap-tiap minggu macam gini kan best. Tapi aku tak ambil kesempatan tau. Aku pun ada banyak lagi kerja nak dibereskan.

Selepas kami sholat Zuhur, kami siap untuk ke Sengkang, angkut dia
satu keluarga. Kami nak angkut dia dalam pukul 2, dia boleh "menawar masa" lagi! Dari 2.30 ke 2.45. Tapi turunnya pukul 3.10. Tapi takpe, sebab aku suka keluar dengan keluarga dia. Anak-anak aku ada kawan, suami aku ada kawan, aku pun ada kawan. Suami kami punya "gila-gila" pun setanding, jadi kami tak bosan.

Kita pergi Orchard Road tau. Kita makan di Breeks di Ngee Ann City. Lepas makan, kita jalan-jalan, tapi terpisah pulak. Keluarga dia nak pergi Metro, tapi keluarga aku, nak pergi John Little. Jadi suami aku telepon suami dia, tunggu di Masjid Al-Falah aje lepas sholat Maghrib.

Di John Little, aku fikir nak membeli belah sikit (sikit aje!), tapi terbantut pulak. Ni semua gara-gara Afrina lah!. Tengah sebuk pilih-pilih baju, dia kata dia sakit perut, nak memberut. Spoil ah! Takkan nak suruh Abah dia hantarkan? Jadi terpaksalah cari bilik kecik tu. Cari punya cari, jumpa jugak. Bila dah habis urusan dia, dah masuk waktu Maghrib, mana ada masa nak pilih barang lagi! Dengan muka yang mencuka ni, berjalanlah kita anak-beranak ke Masjid Al-Falah. Hati ini tengah panas tau, bercampur dengan tekak haus lagi. Tapi sampai Masjid, suami aku belikan air Soya Bean, lepas tu dia beri amaran pada anak-anak, "KASI UMMI MINUM DULU!" Yeah, aku dapat minum first, kalau tidak asyik Afiqah atau Afrina aje first, aku kena mengalah. Lepas sholat, aku tak "hot" lagi. Takkan depan kawan nak tunjuk muka 14 kan?

Suami kawan aku tu, suruh lepak kat rumah dia, sebab dia nak tengok perlawanan bola. Di kereta, kita semua berdebat mana nak beli makan malam. Compass Point ke atau Rivervall Mall? At last, aku yang buat keputusan, pergi Rivervall Mall sudahlah. Habis cerita. Bila sampai depan pintu rumah kawan aku tu, dia cakap, "jangan terkejut, rumah dia berserak". Bila aku masuk, dalam hati aku cakap, "ini dia kata berserak, dia belum tengok rumah aku lagi!"

Sambil makan dan melayan tetamu, tuan rumah lelaki tu sempat tengok bola. Aku sengaja kacau dia, suruh dia tukar saluran, sebab aku bosan tengok perlawanan bola. Dia cakap, lepas ni, aku nak tengok cerita apa pun boleh, lagi 10 minit bola ni habis. Tapikan, lepas bola habis, dia on x-box pulak. Habislah suami aku pun melekat kat depan tv tu. Nasib baik isteri dia layan aku berbual. Macam-macam kami perbualkan, sampai haus tekak.

Jam dah nak pukul 12 tengahmalam, suami aku tak sound pun nak balik. Ini tak boleh jadi! Budak-budak pulak sebok serakkan bilik bujang kecik yang penuh dengan alat permainan. Apalagi, tak ingat nak balik lah.

Kami sampai rumah pukul 12.30 malam. Si Afiqah dah dibuai mimpi bila masuk kereta, jadi Abah dia kena pikul. Kami terpaksa kejutkan Afrina dari tidur dia, sebab dia kena jalan sendiri. Siapa nak dukung dia, anak dara dah besar panjang! Lepas sholat Isyak, aku pun terus dibuai mimpi. Bila tadi jam bunyi pukul 5.30, dah kena bangun. Sampailah sekarang.

Aku ingatkan suami nak buat macam semalam, lepas subuh tak tidur balik. Macam takde harapan gitu. Entah nanti boleh bangun pergi belajar di Masjid An-Nur ke tidak? Kita tengok lah nanti.......

No comments: