Monday, July 14, 2008

Kata-kata Hikmah

Secebis kata-kata hikmah dari guru-guru yang aku sayangi, demi kerana Allah....

Kehidupan ini akan menjadi begitu INDAH, jika kita dekat dengan ALLAH...

Kehidupan ini akan menjadi begitu MUDAH, jika kita dipelihara ALLAH...

~ Ustaz Muhammad Abdul Shafi Nurul Anwar


Mereka yang tidak sholat, jiwanya tidak akan terasa tenang. Walaupun dia kaya, dia akan rasa kekayaannya tidak mencukupi. Dia tidak akan dapat pertolongan dari Allah. Jika dia tidak sudi untuk memandang Allah, Allah juga tidak sudi untuk memandangnya.

Orang yang kurang ilmu agamanya, suka berburuk sangka pada Allah. Dia akan rasa lambat sungguh permintaannya dikabulkan oleh Allah. Berburuk sangka adalah sejenis penyakit yang amat merbahaya yang boleh membawa kepada kekufuran.

~ Ustaz Jalaluddin Hassan


Orang yang sanggup tinggalkan sholat hanya untuk terus mencari harta dunia, Allah akan jadikan dia semakin kaya. Tetapi seandainya dia terus leka dan mati sebelum bertaubat, maka dia adalah orang yang amat rugi.

Lelaki wajib menunaikan sholat Jumaat, kerana dalam khutbah ada terkandung nasihat yang boleh diajarkan pada isteri dan anak-anak. Isteri dan anak-anak boleh mengheret suami/bapa ke neraka, seandainya lelaki itu tidak memenuhi kewajiban dalam mendidik mereka secara Islam.

~ Ustaz Fahrurazi Kiayi Kassim

4 comments:

meow lurver said...

beautiful words!!! =)

Anonymous said...

aku cam tak sabar plak nak tunggu thurs..insyaAllah insyaAllah..



kk

Anonymous said...

u pernah pegi aday kursus/kuliah - cara2 khusyuk solat? by ustadz shafi? cos my fren went last sunday and dia cakap masyaAllah bagus sangat2... i tak aware abt that, if i know insyaAllah nak jugak i pegi...

kg

Aryna said...

meow lurver - they are, my dear... :)

kk - InsyaAllah, InsyaAllah... :)

kg - Alhamdulillah, I dah pernah attend. Tak dapat digambarkan dalam perkataan. Hanya ungkapan "Allahu Akbar", "Subhanallah", "MasyaAllah" yang boleh terkeluar. Kalau Ustaz Shafi umumkan tentang kursus Sholat Khusyu' ni lagi, InsyaAllah I will inform you..