Ketika kuliah sedang dijalankan, Ustaz kata sebentar nanti akan ada jenazah yang akan disholatkan di masjid. Ustaz juga menerangkan, betapa besarnya pahala sholat jenazah, sebesar Gunung Uhud. Sholatnya amat mudah, hanya empat takbir, tapi pahalanya......MasyaAllah.....
Jenazah pun sampai. Ustaz cakap betapa beruntungnya jenazah ini kerana Allah memberi peluang disholatkan di masjid ketika kuliah Dhuha sedang dijalankan dan masjid penuh dengan jemaah.
Bila sampai ajal kita, berpeluangkah kita diberi kesempatan begitu? Disholatkan oleh ramai kaum muslimin dan muslimat, di dalam Masjid lagi.
Belum tentu lagi......
Hari Asyura (10 Muharram) kita disunatkan berpuasa - 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram. Aku dan Hubby memilih untuk berpuasa pada hari ini dan InsyaAllah, esok.
Ustaz memberitahu, ada banyak amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Asyura. Amalan-amalan ini biasa dilakukan oleh para Ulama. Antaranya :-
1) Berpuasa
2) Menyenangkan hati orang-orang dekat dan kita sayangi
3) Perbanyakkan sedekah - Allah akan kurniakan kesenangan untuk satu tahun
4) Memuliakan fakir miskin - Allah akan menaikkan ekonomi kita sedikit demi sedikit.
5) Mengusap ubun-ubun anak-anak yatim
- Selepas sholat Maghrib, kita digalakkan mengusap kepala anak-anak dan isteri/suami, sambil membaca Bismillahirrahmanirahim sebanyak 21 kali dalam satu nafas
- Untuk melembutkan hati, pegang dada anak baca Surah Insyirah 3 kali
6) Mandi dan berhias diri
7) Potong kuku
8) Menziarah orang alim atau para Ulama
9) Menziarah orang sakit - doakan kesembuhan mereka and suruh mereka mendoakan kita kerana doa orang yang sakit sering dimakbulkan Allah
10) Perbanyakkan baca Surah Al-Ikhlas and Ayat Kursi
12) Perbanyakkan Istighfar dan berdoa
13) Jangan tinggalkan sholat Dhuha
14) Selepas sholat Maghrib, lakukan sholat Hajat dan sholat Taubat.
Itulah antara amalan-amalan yang dikongsi oleh Ustaz Shafi. Aku sekedar ingin berkongsi sama. Wallahu'alam....
Malam ini, Hubby mengajak aku berbuka puasa di rumah keluarganya. Kita akan kesana selepas Afrina pulang dari sekolah. Kalau aku rajin, aku nak buat jemput-jemput ikan bilis. Kalau tak rajin, bawak aje lauk-lauk yang ada. Jadi kita tak datang dengan tangan kosong.
:)
3 comments:
thanks for sharing.....
salam hari 'asyura! :)
thks for sharing beb...take care ;)
Post a Comment