Isnin kelmarin, aku sempat berbuka puasa di rumah mertua. Di samping bawak dua jenis lauk, aku sempat goreng jemput-jemput ikan bilis.
Abah (FIL) cakap ikan bilis dalam jemput-jemput tu, kurang. Aku sengaja kurangkan, takut termasin pulak. Maklumlah, orang berpuasa yang buat.
Semasa tunggu waktu berbuka, Abah berbual pasal Haji. Abah memang suka bercerita. Tak kira topic apa, boleh berjam-jam dengar cerita dia.
Baru aku tahu, pertama kali Abah menunaikan fardhu Haji ketika umurnya 36 tahun. Kira-kira umur Hubby sekarang. Abah cakap jika mampu, pergi Haji waktu usia muda. Nanti depan Kaabah, doa banyak-banyak agar kita dapat tunaikan Haji berkali-kali. Itulah yang dia lakukan. Aku tak dapa kira entah dah berapa banyak kali Ummi dan Abah dah pergi Haji.
Hubby cakap dia teringin nak tunaikan fardhu Haji dalam masa terdekat. Abah begitu gembira dengar Hubby cakap begitu. Abah kata, Hubby tak perlu risau pasal anak-anak, dia dan Ummi boleh jaga. Begitu juga pasal ongkos, Abah cakap kita tak perlu risau. Dia sanggup bayarkan atau jual kereta sekalipun, jika Hubby benar-benar nak naik Haji. Begitu sayangnya Abah pada anaknya hingga sanggup berkorban.
Tapi aku kenal Hubby, dia takkan menyusahkan orang, apalagi mak bapak sendiri. InsyaAllah, kita akan tunaikan fardhu Haji dengan duit kita sendiri.
Sempat jugak kita posing sebelum balik rumah.
Hari ini mood aku baik. Aku belanja Afiqah dan Affandy makan lunch kat McDonalds. Selalunya budak-budak tu yang sebok nak singgap Causeway Point bila balik sekolah. Kali ini Ummi dorang yang pelawa. Heh heh.....
Aku masak tau, bukannya tak masak. Oleh kerana aku tahu lauk aku pedas gilllerrr.... - lemak ikan cili padi, takkan nak suap budak-budak tu. Nanti baru satu suap, kepala dah basah dan hingus dah meleleh. Petang nanti baru boleh goreng sayur.
Nak kena fikir lauk untuk besok pulak. Dah nak masuk 10 tahun kahwin, otak ni macam dah jammed, tak tau nak masak apa.
Lengit.............!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
yaa...sungguh tertib ya awak berbahasa ibunda....
bahasa ibundanyer pasal pon tak bleh bergossip yaaa.....:D :D :D
oohh..baru ku tahu, rupa suamimu, yang rajin meng-lurking di blogku, sungguh sama ngan rupa paras ibundanyerr.....
wahh...kamu sumer sungguh tertib yaa..pegi rumah ibunda mertua, anak sumerrr pakai tudong siap ngan songkok skali yerrr.....
nasib baik saya pegi rumah ibunda mertua saya tak perlu pakai cheongsam......:D
nasib baik saya pergi rumah ibunda mertua saya tak perlu pakai sari...
**echo ms mumble* (ooops..saya tak tau *echo* dlm bahasa ibunda di panggil apa...)
CAUSEWAY POINT?
hahahax. hokay. i didn't know you're that near.
sis, we're neighbourssssss~~~
takecare & may Allah bless you.
AND, i love ur kidssss.. cute sangat sangatt..
`ruzanna.isolde.
Ku ucapkan Salam sejahtera khas buat Puan Beki...
... Sungguh sedih kerana kedua mertuaku sudah berada di alam barzah.. kalau patek pergi mengjengok mereka, harus berpakaian bagaimana agaknya ?... {{**menggigil**}}..
Oh ya ! Patek sudah pergi ke Perpustakaan dan sempat meminjan senaskah buku "The Kite Runner", akan tetapi maseh belum sempat menyelak helai-helaian mukasuratnya lagi....
Salam,
terpaku seketika pabila terlihat tulisan di blog bertukar rupa....oh salah! bertukar bahasa. sejooookkkk rasanya membaca tulisan awak yg penuh tertib dan sopan dan teratur.
cantik yer gambar keluarga....mcm hari raya. :p
Mumbles - Sesungguhnya akulah Wanita Melayu Mithali Terakhir.... :)
Kuntum - Kau kalau pakai sari, nak kena tutup itu perutlah, dey.... :)
Asydin - Kita doa sama-sama yok....
Ruzanna - Yeah!!! Another neighbour!! Come to me if we meet somewhere ok!! :)
Shaikha - Lagi senang sedekahkan Alfateha aje untuk mereka.
Cepat baca buku tu, library kasi pinjam 3 minggu aje!!
Aliyah - Awww....awak membuat saya tersipu malu....:)
Kita memang suka kelihatan cantik, hari-hari sambut hari raya pun takpe!! :)
Salha - Amin...
Mana ada sama? Mine ada flower flower tau :)
Manja sungguh Afiqah dengan nenek dia eh.....
ahhahahaa.....dah kena spot..tundung samer ngan mak mertua!! kwang kwang kwang..!! :D
Post a Comment