Friday, February 02, 2007

TOPIK HANGAT

Aku baru pulang dari berjumpa dengan dua orang rakan baik. Walaupun cuma kami bertiga yang ada, aku rasa terhibur. Tak lah boring sangat kat rumah. Lagipun hari ini hari Jumaat, kira besok tak payah stress pasal budak-budak pergi sekolah.

Antara topik yang kami bualkan, ialah pasal tunaikan fardhu haji pada usia muda. Setelah lama berkawan, barulah aku tahu rupanya S sudah pernah naik haji. Dia pergi pada usia yang amat muda dan sebelum berkahwin. Dia juga adalah seorang yang amat lembut tutur bahasanya dan teman yang baik. Beruntungnya dia sudah menjadi tetamu Allah muda-muda lagi....

N pula bercadang nak tunaikan umrah dulu sebelum haji. Aku pulak, tak kira haji ke umrah, aku ingin sekali lagi jejakkan kaki di tanah suci Mekah. Seandaikan ada kesempatan nak pergi Umrah, aku ingin bawak anak-anak aku sekali. InsyaAllah.....

Beruntung jugak aku dapat kawan macam N. Dia seorang guru yang bertauliah. Aku minta nasihatnya untuk membeli buku-buku assessment untuk anak-anak aku. Dari satu buku ke satu buku, belek punya belek, aku pun borong buku. Dia cakap nanti bila anak dah P3, kena belajar Science. Alamak! P2 pun aku masih terkial-kial nak ajar anak, apalagi nak fikir pasal P3. Itulah untungnya dapat member seorang teacher. Ada apa-apa masalah, sms aje! Boleh kan N? You're my fren... :)

Oleh kerana aku gemar menonton drama-drama melayu, entah macamana, topik sensitif pulak boleh terkeluar. Kita ada juga berbual pasal isteri yang dimadu. Kita cuba bayangkan jika perkara itu terjadi pada kita. Relakah kita menerima hakikat? Sudikah kita berkongsi kasih? Mampukah suami berlaku adil? Bagaimana dengan hati dan perasaan kita yang terluka? Aku rasa isteri tak akan bermadu jika suami tak curang belakang isteri. Tapi bila isteri dah dapat tahu suami dah jatuh hati pada wanita lain, haruskah isteri redha hubungan itu? Tiada siapa yang dapat memberi jawapan yang tepat.

Seorang teman aku, F, pernah cakap jika di akhirat kita nampak lelaki yang jalannya tempang, itulah suami yang ada lebih dari satu isteri tapi tidak berlaku adil. Suami jenis begini tak akan terlepas balasan di akhirat. Di dunia boleh suka-suka permainkan perasaan isteri, tapi di akhirat, jawablah nanti.

Aku rasa aku dah terlalu banyak menonton drama-drama Melayu kat TV. Macam terbawak-bawak pulak perasaan tu. Inilah kalau dah jadi surirumah. Sambil lipat kain ke, gosok baju ke, aku sambil-sambil tonton TV. Mata melekat kat TV, tapi tangan jalan jugak tau. Korang ingat surirumah ni macam tai-tai ke? Tak kerja tapi tiap bulan dapat duit dari suami. Habis jaga anak-anak, pergi pasar, masak, cuci lipat gosok kain baju, kemas rumah, hantar ambik anak-anak pergi balik sekolah, ajar anak-anak homework dan seterusnya, SEMUA TU BUKAN KERJA???

Aku ni sebenarnya tengah PMS, asyik nak melenting aje.....

Astaghfirullah'alazim.......

7 comments:

NoR said...

wah...ko nye bahasa ibunda powerr ah !!

itu cheacher N..memang manyak pandai lo...if only i can have 1% of her brain..tak payah aku nak terkial kial ajar anak aku Maths ! LOL

itu lu punya kawan "S"..maciam aku kenal jugak....hmmm

aiyooo, beb..i tink i gotta wait till March hols, baru aku ley jumpa korang eh....

Jama said...

so sekarang ni dah berblog bahasa ibunda pulak eh?

Princess Emrdyl said...

hey sis....

travelling to, maybe, european ctrys to me isnt that appealing (yet!) coz top of my list now has gotta be "tanah suci".

i'll be praying for us; insyaAllah, we'll be invited There by Him soonest (:

pinkiecutepie said...

Salaams....setahu i, Rasul melakukan 3 kali umrah barulah haji. menurut seorang ustaz pula, manusia tidak pernah lari dari buat dosa...makanya, selagi ada rezeki & umur, buatlah umrah/haji utk menghilangkan dosa.

pasangkan niat & sentiasa berdoa,insyaAllah akan dikabulkan.

Bab bermadu,no woman wants it. even it happens tanpa kerelaan, haruslah redha kerana apa saja yg berlaku adalah dgn izin Allah. make the best of the situation. Allah yg mengaturkan semuanya....setiap kerumitan pasti ada jalan keluar. bila Allah tutup 1 pintu, Dia akan buka pintu yg lain pula.

MaryaLatino said...

hi mrs beki....
memang betul tu...kekadang banyak tengok tv atau baca majalah...jadi terbayang2/ teringat2 gitu...haha
Lagi bila time pms...bila mood bertukar2 ...tak bleh tahan you.
fening kepala.
Anyway...i baru update bout the meet up, pls chk it out if u're interested , leave me a message ok beb.
take care.

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?

Anonymous said...

felicito, el mensaje excelente http://nuevascarreras.com/comprar-cialis-es/ cialis contraindicaciones Mi dispiace, ma, a mio parere, si sbaglia. Sono sicuro. Cerchiamo di discutere di questo. Scrivere a me in PM, parlare. cialis vs viagra iiwrgvvujc [url=http://www.mister-wong.es/user/COMPRARCIALIS/comprar-viagra/]viagra cialis[/url]