Tuesday, July 22, 2008

Amalan Lahir Di Masyhar

Semua amalan manusia akan keluar dalam keadaan berbentuk pada hari Masyhar. Amalan yang saleh akan mengiring tuannya dan akan mententeramkannya. Amalan yang jahat akan mengancam dan mencela tuannya, dan ada pula yang mengatakan bahawa ia akan menunggang tuannya dan memaksa memikulnya di belakang.

"Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu." ~ (Surah Al-An'am 6:31)

Dari kitab "Peringatan Tentang Umur Insan" karya Imam Habib Abdullah Haddad.


Jagalah diri dan jiwa kita sebaik-baiknya, kerana ia akan membentuk kita kelak di Padang Masyhar ~ Ustaz Abdul Shafi Nurul Anwar.


Wallahu'alam.

3 comments:

Anonymous said...

dunia hanya sementara; mati itu benar, kubur itu benar, kiamat itu benar, akhirat itu kekal...lagik satu kebenaran, amalan aku masek belom cukop :( astaghfirullah astaghfirullah :'(


kk

Anonymous said...

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.

how's ur kids? dah go skool?


kg

Aryna said...

kk : :'(

~~~~~~~~~~~~~~~~

kg : they are in the recovering stage. masih MC lagi till this Sunday.