Wednesday, July 30, 2008

Kuliah Hadith 2 - 29 July 2008

Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda :

"Seorang Muslim itu adalah saudara orang Muslim yang lainnya. Janganlah ia menganiaya saudaranya itu. Jangan pula menyerahkannya kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari sekian banyaknya kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim, maka Allah akan menutupi celanya pada hari kiamat."

~ Muttafaq'alaih


- Hajat menunjukkan sesuatu yang amat penting. Hajat adalah satu keperluan, bukan kemahuan.
- Minta bantuan dari orang bila kita sangat-sangat perlu dan terdesak.
- Ada sebuah riwayat, ketika Rasulullah s.a.w berada di atas unta, cemeti (rotan) baginda terjatuh. Baginda tidak menyuruh sahabat yang berada di bawah untuk mengambilkannya. Malah baginda turun dan ambil sendiri cemeti itu. Ini menggambarkan Rasulullah s.a.w tidak suka menyusahkan orang lain, walaupun pertolongan yang kecil.
- Lebih baik kita berkhidmat kepada orang lain, dari orang berkhidmat untuk kita.
- Jangan berasa gusar bila kebaikan kita tidak diketahui orang. Allah maha Mengetahui.

"Dan lakukanlah perbuatan baik, tentulah engkau semua akan berbahagia."
~ (QS Al-Haj : 77)


"Dan apa saja kebaikan yang engkau semua lakukan, maha sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui."
~ (QS Al-Baqarah : 215)


- Orang yang suka menganiaya orang lain, Allah akan azabkannya di dunia DAN akhirat. Kesudahan hidupnya akan sukar sekali.
- Sekiranya kita ada bergaduh atau tidak suka pada seseorang, jangan menyerahkannya pada musuh, hanya untuk membalas dendam. Orang Islam dibenarkan bergaduh, tapi jangan sampai melebihi dari tiga hari.
- Penyakit malas amat merbahaya dan tiada ubatnya. Kita boleh marah anak kita jika mereka memberi alasan malas ketika disuruh. Rasullullah s.a.w selalu berdoa supaya dijauhi sifat malas pada dirinya.
- Jika kita ingin meminta hajat dari Allah, kita boleh mengungkit kebaikan kita pada Allah. Dengan cara ini mungkin hajat kita boleh dikabulkan dengan cepat. Kita dilarang untuk mengungkit kebaikan kita pada manusia.
- Jangan minta balasan pada kebaikan kita pada manusia. Minta terus pada Allah.
- Satu kesusahan di dunia amat jauh berbeza dari kesusahan di akhirat. Bayangkanlah jika Allah melapangkan kesusahan kita di akhirat, bila kita menolong orang yang susah di dunia. Alangkah nikmatnya....

~ Ustaz Mamfizam Bakaram

4 comments:

Anonymous said...

"Satu kesusahan di dunia amat jauh berbeza dari kesusahan di akhirat"

peringatan buat diri aku..harus sentiaser redha dengan setiap ketentuanNya, insyaAllah..

sayang kau!


kk

Anonymous said...

i dream of u in arafah, us hugging and crying-weeping ...masyaAllah i was so touch at that moment :( hopefully what i dreamt is true rina!!!

am still waiting for te quota :'(

kg

Aryna said...

kk : sayang kau double triple fourple!! :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~

kg : SubhanAllah!! SubhanAllah!! InsyaAllah!! InsyaAllah!! :'(

Penantian penuh kesabaran ada hikmat yang hebat disebaliknya, InsyaAllah!!

love u!!

Anonymous said...

psstt.. fri nampak izat :)


kk