Abah (FIL) cakap ikan bilis dalam jemput-jemput tu, kurang. Aku sengaja kurangkan, takut termasin pulak. Maklumlah, orang berpuasa yang buat.
Semasa tunggu waktu berbuka, Abah berbual pasal Haji. Abah memang suka bercerita. Tak kira topic apa, boleh berjam-jam dengar cerita dia.
Baru aku tahu, pertama kali Abah menunaikan fardhu Haji ketika umurnya 36 tahun. Kira-kira umur Hubby sekarang. Abah cakap jika mampu, pergi Haji waktu usia muda. Nanti depan Kaabah, doa banyak-banyak agar kita dapat tunaikan Haji berkali-kali. Itulah yang dia lakukan. Aku tak dapa kira entah dah berapa banyak kali Ummi dan Abah dah pergi Haji.
Hubby cakap dia teringin nak tunaikan fardhu Haji dalam masa terdekat. Abah begitu gembira dengar Hubby cakap begitu. Abah kata, Hubby tak perlu risau pasal anak-anak, dia dan Ummi boleh jaga. Begitu juga pasal ongkos, Abah cakap kita tak perlu risau. Dia sanggup bayarkan atau jual kereta sekalipun, jika Hubby benar-benar nak naik Haji. Begitu sayangnya Abah pada anaknya hingga sanggup berkorban.
Tapi aku kenal Hubby, dia takkan menyusahkan orang, apalagi mak bapak sendiri. InsyaAllah, kita akan tunaikan fardhu Haji dengan duit kita sendiri.
Sempat jugak kita posing sebelum balik rumah.

Hari ini mood aku baik. Aku belanja Afiqah dan Affandy makan lunch kat McDonalds. Selalunya budak-budak tu yang sebok nak singgap Causeway Point bila balik sekolah. Kali ini Ummi dorang yang pelawa. Heh heh.....
Aku masak tau, bukannya tak masak. Oleh kerana aku tahu lauk aku pedas gilllerrr.... - lemak ikan cili padi, takkan nak suap budak-budak tu. Nanti baru satu suap, kepala dah basah dan hingus dah meleleh. Petang nanti baru boleh goreng sayur.
Nak kena fikir lauk untuk besok pulak. Dah nak masuk 10 tahun kahwin, otak ni macam dah jammed, tak tau nak masak apa.
Lengit.............!!!!